“Percutian Tanpa Sempadan: Melihat Keindahan Sabah dengan Zahra Car Rental di Kundasang”

Hari Pertama
Bermula percutian saya adalah dengan penerbangan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berlepas pada pukul 7 pagi  dan mengambil masa selama 2 jam setengah berada di udara.
Setibanya di KKIA pada pukul 10:00 pagi, kereta sewa yang telah saya tempah iaitu Jenis SUV Fortuner 2.7 berwarna hitam gelap daripada Zahra Car Rental. Kereta yang disewakan telah pun tiba  dalam keadaan bersih dan elok untuk pemanduan jauh. Kami menempah  melalui laman web mereka. Pada laman web https://zararentalkk.com/ sangat mudah kerana mereka memudahkan pelanggan dengan menyediakan senarai kereta termasuk harga. Bukan itu sahaja, ia juga menyediakan pemandu untuk mereka yang mau menggunakan perkhidmatan kereta sewa dengan pemandu sekali.
Setelah kami dapat kereta sewa dari runner Zahra Car Rental. Dan sign perjanjian untuk kereta sewa tersebut.
Kami pun meneruskan perjalanan dari KK ke Kundasang mengambil masa kira-kira 2-3 jam bergantung pada lalu lintas samada jem ataupun tidak dan juga cuaca memainkan faktor juga kerana kawasan untuk ke Kundasang merupakan kawasan tanah tinggi. Kami menikmati pemandangan spektakuler sepanjang perjalanan.
Setelah tiba di Kundasang pada pukul jam 2:30 petang. Kami pun daftarkan diri di penginapan pilihan kami di Kundasang iaitu Sulap II Homestay berdekatan dengan Desa Dairy Farm.
Hari Kedua
Keesokkan harinya pada awal pagi, kami Sarapan di restoran tempatan yang menghadap Gunung Kinabalu. Seterusnya, kami mengunjungi Pasar Desa Kundasang yang terkenal. Anda boleh membeli produk-produk tempatan seperti sayur-sayuran segar, buah-buahan, dan produk makanan tempatan.
Selepas itu, mengunjungi haiwan-haiwan yang berada di kundasang iaitu seperti Alpaca Club dan Desa Dairy Farm untuk pengalaman seperti memberi makan kepada haiwan tersebut sambil menikmati pemandangan indah Gunung Kinabalu. Desa Dairy Farm juga boleh menikmati produk dari lembu tenusu yang diternak seperti susu segar dan Gelato.
Pada waktu petang pula, kami pigi ke maragang hill untuk hiking dan mengambil gambar di sana disebabkan view yang menarik dan cantik untuk post di Media Sosial. Seterusnya, kami kembali ke penginapan untuk berehat dan bersiap-siap untuk malam.
Hari Ketiga
Pada hari terakhir di kundasang , pada awal pagi, kami nikmati sarapan pagi terakhir kami di Kundasang dan daftarkan diri keluar dari penginapan di Sulap II Homestay. Seterusnya, kami mulakan perjalanan balik ke KKIA untuk penerbangan pulang. Dan saya memastikan untuk mengisi minyak dan mengembalikan kereta sewa kepada Zahra Car Rental seperti dalam perjanjian.
Akhir sekali, menggunakan perkhidmatan kereta sewa dari Zahra Car Rental adalah kereta sewa terbaik di Kota Kinabalu. Hal ini demikian kerana, perkhidmatan penghantaran juga percuma untuk Lapangan Terbang Kota Kinabalu (KKIA). Bukan itu sahaja, staff mereka juga peramah dan penghantaran on time. Sekiranya, anda mencari kereta sewa sekitar Lapangan Terbang Kota Kinabalu (KKIA) anda bole menghubungi Zahra Car Rental di laman web mereka iaitu https://zararentalkk.com/. Trip kami kali ni ke Sabah sangat dipermudahkan dan sangat seronok untuk kami explore tentang negeri di bawah bayu yang kaya dengan alam. Tidak dilupakan juga kepada Zahra Car rental yang sentiasa membantu dan mengurus perjalanan kami.Terima kasih memberikan kami servis yang terbaik. Sangat reccomend!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *